New Page 1

ASSALAMUALAIKUM ! AHLAN WAH SAHLAN ! SELAMAT DATANG KE JENDELAKU... Jendela Kusyi Hirdan




Kusyi Hirdan
Malaysia


Anda pengunjung ke
--------------->







   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, May 24, 2006
58

 
 

NAMPAKNYA WEBSITE www.jendelaku.com telah pun siap.
Jadi silakan dan sudi-sudikanlah ke sana ya.
 
 
 
 
Terima kasih.
 
 
KUSYI HIRDAN
24 Jun 2006
 
 
 
 
 

Posted at Wednesday, May 24, 2006 by Kusyi Hirdan
Comment (1)  

Saturday, May 20, 2006
57

SMS ini saya terima, sedang saya tension, rasa nak mengamuk dan macam-macam rasa lagi. It was months ago. Kemudiannya saya tak jadi terus nak mengamuk tu.
 
'Ada kiriman dari Acheh'
 
Begitu yang tertulis.
 
Wuih. Siapa yang mengirim apa-apa pun pada saya? Dari Aceh pulak tu? Memang saya ada ke Aceh, setahun atau dua tahun lalu.
 
Yang benarnya saya memang tidak ada sesiapa, saudara mara atau sesiapa di Aceh sana. Orang Indon yang masih keep in touch mungkin hanya Adik (Atiqah tahu dia ni). Sebab dia yang agak lama saya kenal, dia driver yang bawak kami pergi beli barang segala tu.
 
Adik ini (apa tah nama dia, tak ingat langsung), rajin sms saya. Ucap selamat hari raya dan selalu tanya, 'makcik kapan mahu kembali ke Medan lagi'. Hah… gitu lah lebih kurang.
 
Apa yang dikirim dari Aceh untuk saya? Paling penting, siapa pengirimnya? Macam mana boleh ada sesiapa yang mengenali atau mengingati saya? Saya bukannya popular sangat masa tu.
 
Tak silap budak-budak student tu yang popular dan juga ustazah Rahmah sebab dia teror speaking Aceh.
 
Akhirnya saya dapat juga barang kiriman itu. Ia sehelai tudung cantik, siap ada sequinne lagi pada atas kepalanya. Warna lite yellow nak ke krim. Hmmm Shocked
 
Pengirimnya saya tidak kenal tetapi mungkin pernah jumpa waktu di Meulaboh di Kampung Suak Timah.
 
Menurut cerita, ada suatu ketika, saya telah memuji tudung yang dipakai oleh seorang perempuan sebaya saya (tua-tua macam saya). Ya, saya mula ingat dialognya. Saya memuji tentang kecantikan tudung yang dipakai. Saya juga ingat, saya tanya adakah dia buat sendiri tudung tu. Dan dia mengangguk.
 
Tidak terniat saya bertanya itu untuk mengendeng tudung itu atau nak mintak satu. Betulll... Big Smile Cuma ia sekadar nak 'break the ice', nak start conversation gitu.
 
Tapi saya tak ingat orangnya, bagaimana rupanya. Ohh… I'm too old….
 
Dan kerana teguran saya itu, si empunya diri telah menjahit sepasang, dan mengirim kepada next volunteer yang datang ke Kampung Suak Timah setahun kemudiannya. Yang bukan kenal saya pun. Dia ingat, semua orang kenal each other, gitu. Betapa innocentnya dia.
 
'Minta kirim pada wartawan dari Harakah. Orangnya ada lesung pipit bila tersenyum'
 
God, nasib baiklah hanya seorang saja waktu itu, wartawan Harakah yang ke Aceh dan ada lesung pipit. Dan tudung itu kemudiannya diletakkan di meja saya.
 
Melalui angin lalu, saya mengucapkan terima kasih pada si pengirim. Mungkin saya tidak mengingati wajahnya, tetapi persahabatan yang terjalin di Kampung Suak Timah, mana mungkin saya lupakan.
 
Tudung itu semakin mengingatkan saya pada mereka...
 
 


Posted at Saturday, May 20, 2006 by Kusyi Hirdan
Comments (2)  

Friday, May 19, 2006
56

 
SANGAT penat, pilihanraya semua ni, memang rasa nak pengsan. Minggu ini memang busy busy busy. Jam 12 malam masih dalam perjalanan. Mengantuk dan amat letih rasa badan.
 
Tetapi saya kena publish juga sudut kaunseling kerana kasihan dengan nasib Siti.
 
Masih lagi Nisa` tidak mahu membiarkan Siti terumbang-ambing dan mahu memberi sokongan moral padanya.
 
'Walau suaminya telah berubah laku dan memilih berkawan dengan gay, Siti masih sayangkan bapa anak yang sedang dikandungnya.'
 
Apa lagi jawapan Nisa`? Baca seterusnya.
 
 
 

Posted at Friday, May 19, 2006 by Kusyi Hirdan
Make a comment  

Wednesday, May 17, 2006
55

SEBENARNYA, bukan apa yang menimpa Abby Abadi saja yang membuatkan rumahtangga runtuh dan bercerai-berai. SMS memang sudah banyak dikaitkan menjadi punca perang dan sepak terajang.
 
Namun ada penghantarnya, (lagi seperti kes Abby) dalam satu laporan akhbar mengatakan, memang sms nya berbaur mesra dan isteri lain pun mungkin akan terasa, tetapi dia menekankan dia tidak bermaksud menganggu rumahtangga atau menjadi orang ketiga. Ish... pelik, berdolak-dalik.
 
Kata baru kenal sebulan. Kalau tak ada maksud takkan pokok tumbang!
 
Bagaimana perasaan anda apabila membaca sms ini:
 
 
a. Lelaki lain sms begini pada isteri anda
 
1. Yang, datang kerja tak hari ni? You tak datang, i takde mood lah...

2. Hi, ingat i tak? I miss you.

3. Esok kita bfast sama2 ya, i tunggu sampai u datang.
 
4. Darling, rindu kat u lah! Muah2
 
 
b. Perempuan lain sms begini pada suami anda
 
1. Bang, datang ofis nanti, tolong belikan i biskut, i lapar lah

2. Jangan lupa tau, esok birthday i

3. terima kasih, kerana mendengar maslah i tadi, tanpa u, tak taulah apa i nak buat

4. muah, miss u sgt2
 
5. buat apa tu, ingat kat i ke?
 
6. thanks sebab hadiahkan i tudung tu, hari ni i pakai...
 

Kusyi: sedang memikirkan moral dari posting ni tapi tak dapat, tengah busy. Nanti2lah i edit...
 
 

Posted at Wednesday, May 17, 2006 by Kusyi Hirdan
Comments (7)  

Tuesday, May 16, 2006
54

 
 
Laporan sebuah Akhbar - Seorang ibu yang tidak mahu dikenali, begitu kecewa apabila anaknya ditangkap kerana terlibat dalam dunia ke mat rempitan.
 
Menangis, tersedu sedan dia. Anak itu anak kesayangannya. Kalau tak sayang takkan sanggup dia membelikan anak lelaki 17 tahunnya itu motor yamaha rxz . Semuanya kerana sayang dan kasihan kerana si anak 'terpaksa' berjalan kaki ke sekolah yang jauhnya 500 meter dari rumah mereka... Ish ish ish... kasihannya.
 
Ada dua perkara penting yang kita nampak di sini:
 
1. Harga sebuah kasih sayang - (posting ni sempena Hari Ibu nampaknya, yang dah dua hari lepasnya).
 
2. Harga motosikal Yamaha RXZ ( wuih, mahal tu)
 
Sebagai ibu, siapa yang dapat menilai harga kasih sayangnya. Bayangkan, melihat anaknya yang berjalan 500 meter (3 kali padang bola?) pun dia tak sampai hati. Rasanya kalau budak lelaki 17 tahun, 500 meter tu macam makan kacang je bagi mereka. Tapi itulah, ibulah katakan.
 
Harga motosikal, walau pun beribu, yang saya pun tak mampu nak beli, tidak ternilai berbanding kasih sayang ibu. Malangnya, kasih sayang ibu dibalas si anak dengan jayanya, dengan menjadi mat rempit.
 
Anak itu, agaknya nanti, kerana terlalu dimanja, risau pula dia menjadi seperti Anakku Sazali.
 
Moral dari cerita ini, biarlah anak kita jalan 500 meter tu, at least dia dapat juga exercise ye dak!
 
 

Posted at Tuesday, May 16, 2006 by Kusyi Hirdan
Comments (4)  

Monday, May 15, 2006
53

 
 
Suami tiba-tiba bertukar watak, menjadi mat lembut dan berjinak-jinak dengan dunia gay. Isteri yang mengandung ditinggalkan. Bagaimana nasib isteri yang setia. Muna dari Nisa' Malaysia cuba membantu. Baca seterusnya... click
 
Elok kita jadikan ikhtibar.

Posted at Monday, May 15, 2006 by Kusyi Hirdan
Make a comment  

Saturday, May 13, 2006
52

Dengan selamba Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof, yang popular dengan isu salah guna kuasanya kerana menyuruh kastam menutup sebelah mata, memberitahu dalam satu sidang parlimen dirinya semakin terkenal kerana media sanggup mengambil gambar rumahnya. Hmm bagaimana agaknya rupa rumah dia ya...

 

Sanggup dia menyuruh kastam menjadi lanun sebab setahu saya, kalau tutup sebelah mata, itu memang gaya standard seorang lanun! Betui dak!

.
Jika Shahrir Samad dianggap hero, Said pula walau masih tunjuk lagak dirinya tidak terkesan (ramai orang tahu dia sekarang sudah ketaq atau ketor (terketar-ketar), sedang menunggu nasib gelap dan pecah berkecainya.
 
Dia dijangka akan berenang bersama-sama kastam yang dipercayai menurut dan takut katanya, ke laut dalam di Pantai Kelebang.
 

Dalam pada itu, di akhbar, Said menyamakan dirinya setara tugas Tok Kadi. Tok Kadi yang selalu guna budi bicara tentunya...

 


'Kerja kami macam Tok Kadi'
Oleh Manan Samad
manansamad@hmetro.com.my
 
PUTRAJAYA: "Kerja syarikat ejen penghantaran ni, macam tok kadi saja. Dia nikahkan pengantin tapi tak tahu sangat latar belakang mereka. Kami juga macam tu, kami tak tahu barang apa yang orang letak di dalam (kapal)," kata Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof.
 
Beliau berkata, sebagai agensi penghantaran, syarikatnya bertanggungjawab menyediakan borang yang akan diisi pemilik barang, sebelum diserahkan kepada kastam.
 
"Apa benda barang pun kita tak tahu, selepas mereka serah borang, kita bagi pada kastam dan runding harga sesuai.
 
"Tetapi kalau ada apa-apa masalah berkaitan dengan barang yang dihantar, denda dikenakan kastam bukan syarikat saya yang bayar... itu pemilik barang yang bayar," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
 
Mohd Said mengulas laporan akhbar semalam yang menyebut selain memiliki Binyu Sof Enterprise, beliau adalah Pengarah Purnama Mutiara Sdn Bhd, syarikat yang pernah didenda kerana cuba menyeludup keluar cakera padat video (VCD) cetak rompak.
 
Laporan itu memetik sumber Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berkata, Purnama Mutiara pernah dikenakan kompaun RM3,000 kerana cuba menyeludup 7,000 keping VCD cetak rompak termasuk 2,000 VCD lucah ke Indonesia pada 1999.
 
Katanya, tindakan kompaun itu diambil selepas beberapa pegawai KDRM membuat serbuan terhadap sebuah bot milik syarikat berkenaan di Kuala Linggi, hasil maklumat orang ramai.
 
Mengulas lanjut mengenai tuduhan itu, Mohd Said berkata, beliau tertekan dan menganggap seolah-olah ada pihak yang mahu menjatuhkan karier politiknya.
 
"Saya tak faham mengapa orang korek semua cerita lama saya, pada hal bagi saya bukan ada isu pun," katanya.
 
Mengenai Purnama Mutiara Sdn Bhd, Mohd Said mengakui ia syarikat miliknya.
 
"Itulah syarikat pertama saya, berkongsi adik-beradik. Dengan syarikat itulah saya buka stesen minyak dan beberapa bisnes lagi. Kemudian, saya menubuhkan syarikat sendiri (Binyu Sof Enterprise)," katanya.
 
Kelmarin, akhbar melaporkan Ahli Parlimen Jasin itu mengaku beliaulah pemilik Binyu Sof Enterprise, ejen perkapalan dan penghantaran import kayu gergaji dari Indonesia, yang dirampas KDRM baru-baru ini.
 
Bagaimanapun, katanya, syarikatnya hanya bertindak sebagai ejen penghantaran dan bukannya memiliki kayu terbabit.
 
Kes itu mendapat perhatian kerana Mohd Said dilaporkan meminta pegawai KDRM 'menutup sebelah mata' dan tidak merampas kayu bergergaji yang diimport dari Indonesia itu, walaupun tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan Lembaga Perindustrian Perkayuan Malaysia.
 

Posted at Saturday, May 13, 2006 by Kusyi Hirdan
Comments (9)  

Next Page