|
 |
|
Friday, May 12, 2006
Batalkah perkahwinan selepas memeluk Islam?
Jawapannya - batal.
Posted at Friday, May 12, 2006 by Kusyi Hirdan
Permalink
Buletin Utama malam tadi menyiarkan Abby dan Norman rujuk kembali
Alhamdulillah...
Ini bukan drama, dan bukan juga gimik. Mana boleh kita orang Islam menggunakan cerai berai dan talaq sebagai lakon-lakonan.
'Cepat tengok tv' - Seseorang mengingatkan. Saya ingat kerana banjir menyerang KL lagi dan lagi.
Rupanya kes Abby dan Norman di dalam berita nasional. Pendek saja. Tunjuk pasangan itu di pejabat agama, sain-sain something and both with sun glasses. Fasal menangis kot.
Tetapi sekurang-kurangnya saya lega, mereka cepat rujuk. Langkah bagus, tidak membiarkan segalanya berpanjangan, cepat-cepat selesai, berbaik terus.
Menjadi selebriti, hendak rujuk pun ada pemberita dan jurugambar mengikut. Flash sana sini, pemberita tunggu di luar. I think this is a very personal situation. I wonder how they feel....
Norman, Abby rujuk semula
-Utusan Malaysia

|
NORMAN Hakim mengucup dahi isterinya, Abby Abadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.
|
KUALA LUMPUR 11 Mei - Keutuhan kasih sayang mereka terbukti apabila pasangan pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi rujuk semula dalam masa kurang lima minit selepas memfailkan permohonan pengesahan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini.
Lafaz rujuk itu diucapkan di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Rujuk dan Cerai, Mohamed Shouib Awalludin lebih kurang pukul 10.45 pagi.
Sebelum itu, kedua-dua mereka memfailkan permohonan pengesahan cerai di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah, Harun Hashim.
Kedua-dua permohonan mereka akan disahkan oleh Hakim Syarie, Muhammad Fauzi Ismail pada 18 Mei depan.
Norman atau nama sebenar Mohamed Nurhakim Zaidon, 30 dan Arbaieyah Abdul Manan, 28, atau Abby, bercerai talak satu pada 5 Mei lalu di Jalan Raja Laut di sini.
Ketika ditanya apakah punca kejadian sehingga menyebabkan lafaz cerai diucapkan, Norman menjelaskan kedua-dua mereka berada dalam keadaan tertekan dan kritikal.
Pada ketika itu, Abby mencelah mengatakan punca jatuhnya talak adalah disebabkan kesilapan dirinya yang terlalu mendesak dan pada saat itu, beliau tidak dapat menahan diri terus menangis lantas menyembamkan mukanya ke dada Norman.
Apabila ditanya mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka, Abby dengan tegas menyatakan: ``Buat masa ini saya tidak akan maafkan dia.
``Kalau boleh saya hendak dia tahu betapa sakitnya saya terpaksa melalui semua ini'', ujar Abby.
Sementara itu Norman berkata, mereka berdua berhasrat menunaikan umrah bersama anak-anak sebagai usaha untuk membina kehidupan baru.
Posted at Friday, May 12, 2006 by Kusyi Hirdan
Permalink
Thursday, May 11, 2006
ABBY dan Norman bercerai!
TERKEJUT akak!
Abby Abadi bercerai? Dia dan suaminya, Norman, bercerai talak satu Jumaat lepas.
Menyedih dan merisaukan. Dan Abby tanpa berselindung mengatakan punca perceraian mereka kerana seorang penyanyi entah mana-mana, entah siapa-siapa, yang saya sendiri tak kenal pun - Farahdhiya something namanya.
Abby, hmm... mengingati wanita 28 tahun itu, dulu selalu juga cover event dia ni. Terutama sebelum berkahwin, dia aktif dan saya ingat lagi PC filem dia bersama Yusof Haslam. Filem itu dia ada nyanyi lagu soundtrack dengan AC Mizal. Tak ingat lagu apa. Namun sepanjang pengalaman temubual Abby, saya dan teman-teman wartawan selalu nampak satu ciri Abby ni. Dia ni budak lurus. Tak reti cakap bunga-bunga dan kalau cakap apa-apa, memang ikhlas. Kadang-kadang terasa hati juga dengan dia tetapi mengenangkan dia bukan jenis hipokrit saya dan kawan-kawan mengkategorikan dia sebagai 'special'. Yalah, mana wujud artis macam tu lagi dah.
Dan satu, Abby ni pandai bawak diri juga ada prinsip sendiri. Dia juga sensitif. Ada siapa lagi pernah ingat insiden dia masam muka masa live dalam tv suatu masa dulu, lama dah lah cerita ini, zaman dia bersama Elite. Saya rasa prinsip dan diri Abby sendiri membuatkan dia kekal dalam bidangnya dan boleh dikatakan dalam cara terhormat juga.
Tetapi Norman, saya tidak begitu kenal, kalau pengalaman interview tu, mungkin dua kali je kot.
Jadi bercalling2lah saya dengan Azeda, kawan lama yang saya tahu lebih rapat dan kenal Abby. Dia pun terkejut kerana baru seminggu lebih selenggarakan foto shoot Abby bersama anaknya sempena hari ibu. Ada juga beberapa cerita off record yang dia ceritakan pada saya. Tetapi kami semua kasihan dengan Abby, dengan nasib dia.
Mungkin ada hikmah dugaan yang menimpa ini. Selepas ini Abby mungkin jadi lebih kuat dan Norman lebih menghargai isteri dan keluarganya.
Harap mereka bertaut kembali.
* Nampak cantik sekali Abby bertudung dalam Gerak Khas siri TV. Harap dia pakai terus.
Posted at Thursday, May 11, 2006 by Kusyi Hirdan
Permalink
Tuesday, May 09, 2006
Tidurlah pukul berapa pun, pukul empat pagi atau lima, bangunnya tetap sebelum pukul 9. Pukul 8 mata sudah terkebil-kebil. Walhal, semalamnya jam 5 lebih, fikiran masih melayang-layang. Teringatkan kerja.
Betullah, semakin tua, kita semakin tidak memerlukan tidur. Saya pernah membaca satu artikel yang orang dewasa hanya memerlukan 2 - 3 jam tidur sehari, berbanding bayi dan budak-budak. Kenapa entah. (tak ingat pulak)
Menyiapkan kerja sampai ke pagi, begitulah sepanjang minggu lepas. Bila tengok jam dah 5 pagi, terus rasa, baik tak payah tidur, habiskan kerja semua lagi baik, tetapi saya tahu, kalau ikut perasaan gitu, saya akan sakit. Saya perlu sedikit tidur.
Tengok muka di cermin, memang macam zombie dah.
Okaylah dalam pada tu, saya masih mahu cakap-cakap fasal Shahril Samad lagi. Shahril ni masa muda-mudanya, boleh dikatakan cute jugak. Saya ingat lagi, masa zaman sekolah dulu, saya pernahlah terminat kat dia, ok I confess, i have this liking to 'Shahrir' name. Enough lah.
Sekarang ni pulak, Shahril suka sekali berambut putih macam kapas gitu. Kalau di US, rambut putih gitu trend budak-budak zaman sekarang. Blond, red, pink atau hijau dah ketinggalan. Derang sekarang suka berambut putih beruban macam Shahrir itulah. Tak sangka Shahrir juga mengikut trend.
Dalam sibuk-sibuk kerja tu, saya memikir-mikir juga fasal Shahril nih. Teringat-ingat kan dia.
1. Bagaimana dia boleh melanggar peraturan parti? Adakah dia lupa? Atau dia rasa pelanggaran itu tak penting sangat, selalu, ramai lagi geng-geng lain buat perkara sama?
2. Atau dia tidak tahu such undang-undang exist? (tak mungkin, Raja Ahmad Zainudin pun tahu)
3. Mengapa dia boleh menyokong pembangkang? Adakah hari itu dia salah makan? Ada masalah peribadi? Membuatkan dia tiba-tiba berfikir yang dirinya seperti bukan dalam parlimen, tidak perlu hipokrit sebaliknya menyokong sesuatu yang dia rasa benar. Kita semua tahu ahli BN akan membangkang apa-apa saja 'kebenaran' asal saja ia dibawa oleh pembangkang. Contohnya kes Teresa Kok dulu, ada ahli BN yang memberi idea, Theresa sepatutnya ditangkap kerana menyebar visual lucah!
4. Secara politik, adakah ini petanda sesuatu. Satu perubahan akan berlaku pada Shahrir?
5. Tindakan spontan Shahrir itu mesti mempunyai sebab... hmmm... apa sebabnya ya...
6. Adakah sekarang Shahrir menyesal, menyesal menjadi dirinya? Menyesal menjadi berani, berani bersuara dan berani juga letak jawatan?
7. Shahril pernah mengatakan dia kecewa kerana tidak disokong, (ketika dia menyokong pembangkang tu). Bagaimana jika perkara sebaliknya berlaku. Let's say semua pun menyokong. Apa akan jadi? Peraturan entah ke mana, dan masing-masing buat lupa, buat-buat tak nampak saja? Kata Shahrir - 'No...I am not disappointed with them, they will have to learn to be disappointed with themselves.' Berbisa ayat tuh...
Tetapi Shahrir tetap melanggar peraturan... dan kenapa? CSI Miami or New York, please help.
Posted at Tuesday, May 09, 2006 by Kusyi Hirdan
Permalink
Saturday, May 06, 2006
'Kenangan' yang telah kutinggalkan
Kami dua manusia yang sangat berbeza. Saya dan A. Umur kami tak jauh bezanya. Dia lebih tua sedikit, sikit saja, dua tahun kot. Saya, kalau setakat setahun, dua, tiga, empat tahun different tu, saya akan anggap macam rakan sebaya saja. Nak panggil pangkat 'kak' ke 'bang' ke, rasa macam tak tergamak. Ada orang yang walau lahir tahun sama tapi sebab ikut bulan dia lebih muda sebulan, pun mereka boleh ber'kak' dan ber'bang' dengan orang yang tua sebulan dari mereka tu.
Tapi awalnya saya tak sangka pun dia dan saya umurnya dekat-dekat saja. Satu, sebab stailnya dan keduanya orang-orang kelilingnya. Saya rasa dia mungkin cepat dewasa kerana minat dan kecenderungannya. Entah bagaimana agaknya zaman kanak-kanak dia. Saya tidak boleh membayangkan dia sebagai kanak-kanak pun. Apa kegembiraan dia pun saya tidak tahu kerana kami tidak pernah bergurau. Kalau kami gelak pun mungkin gelak kelat kerana kesibukan kerja dan ada sekali kami gelak kerana sesuatu, tentang penggantian kerja.
"Kalau dia lah yang ganti saya, sakit atas katil pun saya datang juga," dan kami kemudiannya tertawa. Kemudian sesuatu perkara berlaku dan saya tidak dapat membuang keinginan daripada memikirkan perkara itu. Orang yang dimaksudkan itu betul-betul kena menggantikannya dan A terpaksa melaluinya...
Berbalik kepada masalah umur tadi, saya rasakan apabila umur kita dekat-dekat nak sama, kita akan mengetahui banyak benda yang sama. Kalau saya dengan Iskandar ke, Hafizah, Fitri atau Haris ke Ely, Naz ke, alangz ke atau errr... siapa lagi, dengan mereka2, mungkin banyak yang tak sama. Maksudnya budak-budak baya Iskandar mungkin tidak kenal Azizi Haji Abdullah atau kalau kenal pun mereka tidak merasa zaman berdiscuss dan jawap soalan exam SPM untuk Seorang Tua di Kaki Gunung. Itu salah satu contohnya. Banyak lagi contoh lain cuma saya sekarang malas nak fikir, nanti-nantilah saya edit posting ni.
Banyak sangat perbezaan saya dan dia ni. Background kami dan kepala kami. Saya pasti A bukan gila-gila bahasa macam saya. Agaknya kalau saya ber 'lu' 'gua' dengannya, harus dia pengsan. Saya pun dah lama tak jumpa kaki nak bercakap macam tu. Dulu dengan Azeda, kalau bergaduh, rajin jugak kami ber'lu' 'gua'. Tapi sekarang ni, kadang-kadang kalau tengah mengamuk dalam hati (you all pernah tak experience mengamuk dalam hati?), misalnya kita disalahkan pada perkara yang kita tak buat tetapi kita malas nak jawab, kita akan cakap dalam hati begini - apa hal salahkan gua pulak? Hah, pernah tak?
Dulu zaman-zaman saya selalu bengang dengan Fitri sebab dia selalu tuduh saya apabila ada coding yang terpadam ke tertambah ke atau tertukar ke. (Buat sekali jer pastu terus dia ingat sampai mati, tak patut betul  . Saya selalu cakap dalam hati, 'sikit-sikit gua, salah jer, gua! Hah, macam gitulah.
Dia juga mungkin tidak pernah pun dengar lagu Tapak Sulaiman and tak kenal pun si Elayna tu. (Dia mungkin kenal Anuar & Ellina and Kain Pelikat stuff). Dia mungkin sentimental dan minat lagu Aisyah atau Kumpulan Rabbani. Ini semua saya bayang-bayangkan saja. Bukan tentu betul pun.
A tidak mungkin hangin bangin dengar lagu Linkin Park. Dia tak tahu pun kewujudan Limp Bizkitt ke, Radhi OAG or Melly Goeslow dan Usher. (Eh, entah-entah dia kenal!)
Saya pun tidak menyangka akan mengenali A. Memanglah kenal dan tahu kewujudan dia tetapi tanpa emosi. Macam angin lalu begitu. Apa-apa tentang cerita peribadi dia saya tidak pernah tahu sehinggalah sekarang. Tak pernah pun browse internet semata-mata hendak cari artikel dia contohnya. Saya pernah mencari artikel Affizar, Azli dan Cleo.
Semuanya kerana dunia kami maha berbeza. Siapa sangka kami akhirnya kenal juga. Kenal tiba-tiba dan menjadi kawan.
Awalnya... A tidak pun menegur saya. Mungkin dia harap saya akan memulakan langkah pertama sebab mungkin dia menganggap dirinya jauh lebih tua atau kerana dia ada nama? Tetapi saya bukan jenis yang senang approach orang melainkan ketika bekerja. Saya lambat mesra. Senyum pun bukan mudah bagi saya. Tetapi dia terpaksa juga jadi pemula dan entah siapa yang beri nombor telefon, dia telah sms saya. Keadaan telah memaksa dia approach saya dulu. Segalanya kemudian menjadi sejarah. Takdir melorongkan kami perlu bekerjasama.
Saya tahu A tidak berapa gemar menjadi pemula dan kerana ego, beberapa kali memberitahu yang dia tidak pernah menjenguk dunia saya. Saya iyakan saja.
Tanpa A tahu, seorang kawannya yang ******* telah menunjukkan sms antara mereka kepada saya. "Boleh kami link kan setiap artikel Kusyi Hirdan?". Saya ingat satu persatu. Dan sesungguhnya saya tahu dia mengikuti setiap perkembangan saya cuma dia risau untuk mengaku. Mengapa ntah...
Hubungan kami terjalin begitu istimewa. Kalau berjumpa akan mengangguk kepala dan sesekali bergosip sikit tetapi ada sesuatu dalam hubungan itu. Paling ketara ialah kami menjadi team yang baik, walau bertemu sebulan sekali. Understanding yang terjalin begitu terserlah.
Siapa sangka kami jadi kawan pun. Saya secara automatik menganggap A kawan. Tidaklah saya declare atau minta izin daripadanya like, 'boleh tak kita jadi kawan dan bila my birthday, bagi hadiah please!' Taklah begitu. Semuanya semula jadi.
Entahlah... setelah beberapa lama, saya rasa A satu-satunya kawan saya.
Inilah pemula kesalahan saya. Semuanya salah saya. Saya mula jadi setia, saya jadi pembantu, saya jadi mahu mengcover dia dan mahu dia selamat dan berjaya. Saya mula buat tugas-tugas sebagai kawan. Saya mula nampak dia sebagai lain. Saya tak nampak lagi dia sebagai orang tua (sorry) tetapi orang tua macam saya juga (thanks iskandar), macam rakan sebaya. Saya nampak dia fragile dan mula banyak beralah dengannya, atas dasar tadilah, dasar dan tugas-tugas seorang kawan. (mengeluh)
Alamak! Saya mula emosi Saya rasa A pun nampak semua ni. Dia nampak ciri-ciri seorang kawan yang saya ada dan dia rasa eloklah gunakan 'kelemahan' itu untuk kebaikan dirinya.
Beginilah kawan zaman sekarang. Kawan zaman sekarang tidak mementingkan ciri-ciri kesetiaan dalam diri mereka. Kawan zaman sekarang suka mengena, take advantage, menaya dan tidak malu meminta kita menolong mereka kemudiannya. Mereka juga lari apabila kita sedang dalam kesusahan. 'Kawan' itu sedang membaca posting ini sekarang ... You know who you are!
Berbalik kepada cerita A. Rupanya dia tak anggap saya sebagai kawan pun. Dia mungkin anggap saya macam another manusia yang tiba-tiba passing perjalanan hidup dia. Rupanya kami cuma kawan sesama wartawan, 'kalau ada story kongsi-kongsi' dan 'kalau aku tak cukup story boleh tolong cover' type.
Kerana kesedihan yang bersarang di hati, saya telah menulis emel panjang lebar dan menyatakan segala-galanya. Yang saya kehilangan seorang 'kawan', rasa diperguna dan kalau boleh biar segala yang terjadi sekadar mimpi buruk saja. Bukan nyata.
A membalas dan terus membuat penjelasan.
Tetapi hidup kita memang complicated. Kita tidak mudah 'undo' setiap perkara yang terjadi. Sekadar meminta maaf bukan dapat melenyapkan segala yang terjadi. Bahkan kadang-kadang, kata maaf memburukkan keadaan, membuatkan kita rasa maaf tiada ertinya, tiada harga. Inilah kelemahan saya. Sukar memaafkan dan berdendam...
Hari ini, bukan saya tidak rindu pada 'persahabatan' artificial saya dan A. Persahabatan plastik itu bermakna juga pada diri saya. Bukan saya tidak rindu pada kerjasama padu yang pernah terjalin. Bukan saya tidak rindu pada pergaduhan dan suasana kami bertekak, berbincang kemudian saya memberikan kemenangan kepadanya. Bukan saya tidak rindu pada hijrah dan khidmat saya itu. Tapi itulah...
Being me, saya sukar memadamkan kenangan, apatah kenangan sebuah persahabatan yang kecundang. Setelah merasa di betrayed, untuk kembali, amat sukar rasanya.
Maka jadilah ia sebuah kenangan yang telah saya tinggalkan.
Posted at Saturday, May 06, 2006 by Kusyi Hirdan
Permalink
Friday, May 05, 2006
Shahrir Samad! I'm with you lahh
Suatu tindakan yang terpuji, berani dan tepat. Shahrir memang patut letak jawatan dan berpindah parti terus! Rasa hendak belanja Shahrir makan...
Mungkin dari sudut lain, ada yang menyangka tindakan ahli BBC, mengundi sebulat suara tidak menyokong keputusan Pengerusi sebagai demokrasi, konon mereka berhak dan tidak melanggar undang-undang, tetapi apa yang mereka tidak sedar, apabila undi sedemikian dilakukan, ia petanda jelas, pengerusi bukan lagi pengerusi! Pengerusi dan ahli tidak lagi membawa wadah yang sama! Pengerusi tidak lagi dihormati dan telah dimalukan di khalayak. Teruknya mereka ni!
Alahai kesiannya.
Kesian kerana ahli BBC tidak memimirkan implikasi tindakan mereka, pendek kata tidak berfikir panjang dan keanak-anakan dalam membuat keputusan. Apa mereka ingat BBC ni persatuan sejarah peringkat sekolah menengah? Yang kalau nak heboh pun, sekadar guru besar dan penolong kanan saja yang terlibat. This is parlimen lah dey!
Di sini kita lihat betapa tidak matangnya kaki-kaki sorak BBC ini.
Kita semua nampak Shahrir cuba menarik minat ahli parlimen untuk lebih berjiwa 'kerakyatan' dan dalam usaha membasmi rasuah. Hendak buat langkah pertamalah ni. Mungkin Shahrir selama ini salah pandang atau salah sangka. Dia sangka semua orang pun hendak basmi rasuah seperti Nik Aziz, Kit Siang dan Theresa Kok. Dia terpanggil hendak join sama. Maka jadilah dia tidak popular dan dianggap BBC sebagai melawan arus yang biasa mereka ikuti.
Diharap Shahrir tidak merajuk sekejap dan mengalah apabila dipujuk Nazri Aziz. Please strong lah! 
Shahrir kecewa, letak jawatan Pengerusi BBC
Oleh: AZIMI MUSTAPHA

|
SHAHRIR SAMAD.
|
KUALA LUMPUR 4 Mei - Datuk Shahrir Samad (kiri) hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BBC).
Beliau mengambil tindakan drastik itu kerana kecewa dengan sebilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak menyokong usul untuk membawa satu laporan dalam sebuah akhbar mengenai dakwaan salah laku seorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Shahrir menegaskan keputusan yang diambilnya itu muktamad walaupun BBC yang mengadakan mesyuarat tergemparnya petang ini sebulat suara merayunya supaya ia ditarik balik.
Sambil menjelaskan integriti perlu dilaksanakan terlebih dahulu di Parlimen, beliau mengambil keputusan meletak jawatan kira-kira 15 minit selepas Ahli Parlimen BN menolak usul Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang di Dewan Rakyat hari ini.
Kata Shahrir, keputusan yang diambilnya itu berasaskan prinsip bahawa pandangan beliau tidak lagi mendapat sokongan anggota BBC.
``Ia bukan soal kecewa atau tidak, tetapi melibatkan soal prinsip. Kita kena pimpin secara prinsip.
``Jika rakan-rakan lain tidak memberikan persetujuan dengan prinsip kepimpinan, saya kena tarik diri (letak jawatan),'' katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Sidang Dewan Rakyat yang bermula dengan sesi soal jawab pada pukul 10.15 pagi itu dicelahi oleh Kit Siang yang membawa usul tersebut untuk dibahaskan kerana ia membabitkan tindakan seorang Ahli Parlimen yang disifatkannya melakukan kesalahan dengan menggunakan kuasa untuk menghalang pegawai kastam menjalankan tugas.
Laporan akhbar itu memetik kenyataan sumber yang mendakwa Ahli Parlimen terbabit meminta KDRM memberi pertimbangan dalam `menyelesaikan' kes rampasan kayu bergergaji di Sungai Linggi, Melaka baru-baru ini.
Kit Siang kemudian mencadangkan supaya perkara itu dibahaskan.
Bagaimanapun, usul itu dibantah oleh Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) dengan alasan kesahihan laporan akhbar itu belum dapat dipastikan.
Menurutnya, jika benar Ahli Parlimen tersebut bertindak sedemikian, KDRM harus melaporkannya kepada Kementerian Kewangan.
Shahrir kemudian berdiri dan menyatakan sokongannya supaya usul berkenaan dibahaskan dengan menyatakan Ahli Parlimen, wartawan yang menulis laporan itu, pegawai KDRM dan pihak lain yang terbabit dalam kes itu dipanggil untuk disoal siasat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib kemudian meminta semua Ahli Parlimen mengundi usul berkenaan dan disokong oleh semua anggota Dewan daripada pembangkang dengan berteriak setuju tetapi nada kebanyakan Ahli Parlimen BN sebaliknya, dengan menegaskan tidak setuju.
Oleh kerana suara tidak bersetuju melebihi suara bersetuju, Ramli memutuskan usul berkenaan tidak perlu dibahas.
Shahrir kemudian bergegas keluar dari Dewan Rakyat dengan perasaan kecewa.
Ketika ditemui pemberita semasa bersarapan, beliau melahirkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dan menganggap keengganan anggota BN menyokong usul berkenaan dibahas bertentangan dengan prinsipnya.
``Setelah memikirkan semasak-masaknya, saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi BBC dan ia adalah keputusan terhormat yang perlu saya lakukan.
``Saya dipilih dan tidak meminta jawatan. Saya boleh letak jawatan apabila rasa tak mampu untuk memimpin,'' katanya.
Menurut Shahrir yang telah dua tahun memimpin BBC, buat masa ini beliau tidak mempunyai masa untuk menulis surat kepada Ketua Whip yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.
Kata beliau: ``insya-Allah saya akan mengadakan pertemuan dengan Najib dalam masa terdekat mengenai isu peletakan jawatan ini.''
Posted at Friday, May 05, 2006 by Kusyi Hirdan
Permalink
Thursday, May 04, 2006
Siapa yang dipersalahkan? Salah didikan, blog atau teknologi di Jepun?
Betapa innocentnya budak-budak, dan kita selalu mengharapkan anak-anak kekal kebaikan dan keputihan mereka sehingga ke dewasa. Putih bersih seperti kapas. Tetapi anak-anak tercorak juga. Oleh kita dan dunia.
Tak sengaja, saya terlihat rancangan Macam-Macam Aznil, tentang dia menemubual 3 kanak-kanak.
Antara soalan Aznil: Awak mahu tulis surat pada siapa?
Seorang menjawab, "Mawi!" "Nak tanya apa pada Mawi?" Tanya Aznil. "Kenapa dia botak?"
Kemudian Aznil tanya pada seorang lagi kanak-kanak perempuan Cina? Hendak tulis surat pada siapa?
"Felix!" "Nak tanya apa pada Felix?" "Nak tanya dia lapar tak?" "Kalau dia lapar?" "Saya mahu beli makanan untuk dia!"
Saya tersenyum sendiri. Studio berderai dengan ketawa. Jawapan lurus kanak-kanak cukup innocent.
Tetapi ada juga kanak-kanak yang innocent dengan caranya sendiri. Saya banyak kali berjumpa kanak-kanak yang mencarut dan memaki hamun sesama kawan walau usia mereka belum pun 10 tahun. Bersunat pun belum.
Bagaimana kanak-kanak sekecil itu boleh jadi begitu? Bagaimana bila mereka besar nanti?
Sebenarnya semalam saya membaca laporan akhbar tentang remaja 17 Jepun meracun ibunya dengan racun tikus. (racun itu dibeli di farmasi kononnya ada eksperimen di sekolah) Dan tahap kesihatan ibunya itu ditulis di dalam blognya! Mak aii. Bukannya untuk pemantauan, nanti bagi tau pada doktor tetapi dia buat update, hari ini ibunya semakin sakit, kesan racun mula nampak dah. Esok pula bagaimana kesan racun itu bertindak lagi, hah, begitulah. Dan dia semakin excited.
Dia ditangkap sekali, tetapi kemudian dilepaskan. Mungkin pihak polis tidak rasa budak ini berbahaya sebab umurnya masih muda, perempuan pula tu. Beri kaunseling serba sedikit, harap dia insaflah.
Malangnya dia tidak insaf tetapi menyambung misi gilanya. Selepas itu sekali lagi dia meracun ibunya dan kali ini wanita itu terus koma. Keadaan ibunya yang terbaring di katil hospital dirakamkan dan diposting juga ke dalam blognya.
Ish... ish... Mental betul budak ni!
Kini remaja perempuan itu dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Ibunya terus koma sampai hari ini...
Posted at Thursday, May 04, 2006 by Kusyi Hirdan
Permalink
|
|
|